D.I.S.M.E.N.O.R.E.A 
pe kejadah aQ merapu perkataan saintifik memLm nih..adeiiii..
weLL,memandangkan aQ da Lame gLer dak hupdate bLog kesayangan aQ nih (syg La sgt kn... =] ) , aQ nak berkongsi Ler ckit pe kebenda dismenorea nih.. agk2,kamo kamo n kamo tau dak mksd word tuh??? haaaa... xcuaLLy, aQ pom dak phm npe spesis wanita jer yg aLami benda aLah ni.. spesis Laki pom kena sesme ase gak..dak aci..!!!!!! huk3...
'benda' ni mmg sakit yg teramat bg sespe yg kena (t'masuk aQ..) ..hanyer TUHAN yg tau betapa sakitnyer bLe benda tuh dtg..aLa2 nk beranak da kot.. tp syukur ALHAMDULILLAH, aQ x diberi kesakitan kritikaL...jus besa2 jerk... PMS...yer,korang sumer mesti da tau kn pe kebenda dismenorea tuh.. cmni La gayanyer bLe benda tuh muLa menyerang...jeng3..
cmni Ler mimik muka aQ kot..ha3...
siyes, aQ mmg btoL2 x sLesa bLe aLami benda nih... btoL2 kawww Lorhhh...
Apa itu dismenorea? 
Dismenorea atau istilah perubatannya ialah senggugut.   Ia merujuk kepada kesakitan yang kaum2 hawa (sesetengah jerk..) alami semasa permulaan period. Ia  mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan  dialami setiap kali kamo period. Untuk sesetengah gadis, mereka  mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan  yang agak sederhana atau sedikit.
Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas  bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka  mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan  dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat  otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau  sekunder bergantung kepada penyebabnya:
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka  atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau  lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih  berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini  tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun  jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar  biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea  primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan  perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah  bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan  kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin.  Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan  apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh  kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak  prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam  uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama  period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah  mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung  saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.   
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan  penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau  ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.  
  
Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun  atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami  dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea  jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder  disebabkan oleh: 
Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea  yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period.  Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai  uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
 (adeiiii,teruk gak tuhhh...)
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak? ( haaaa,curious sesgt...)
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih  terdedah kepada dismenorea.  Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan  faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang  berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga  memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat  boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan  gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh  mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk  mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak  mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh  mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya  mengakibatkan dismenorea.  
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor  yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet  boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau  setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan  mengamalkan gaya hidup sihat.
oh yer ker dismenorea nih bLeh dicegah??? (buat2 dak tau..) ..tp cmner ehhh???? besa2nyer kaLo benda ni menyerang, kite2 teLan panadoL jer nk kurangkn bahana kesakitan tuh.. xcuaLLy der cara Len Lg Lorhhh nk cegah penyakit nih..penyakit??? x digaLakkan teLan panadoL active5, panadoL KK bagai...btoL,aQ x tpu (sambiL2 tegakkan keLima2 jari ke sisi bahu..) haaaa,antara cara2nyer cmni.... 
- Perbaiki diet kamu:  Jangan cuba untuk hilangkan berat badan  secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi  kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon,  ikan sardin dan parsli.
- Kurangkan garam.
- Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus  buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat  berbanding aiskrim atau minuman  berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari  sebelum period kamu.
- Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga  boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor  kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh  bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan  kesan sampingan jika diambil berlebihan.
- Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
- Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal  cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar  juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk  bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan  dismenorea.
- Berhenti merokok
- Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh  mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan  dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan  urat saraf.
kaLo kamo2 da amaL sume2 kt ats tp stiLL gak sme, kamo2 bLeh kurangkn kesakitan ngn cara cmni...
- Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam.  Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan  sehingga kesakitan reda. 
- Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika  kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising.  Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.( x digaLakkn sbnrnyer tp kaLo da darurat sgt,terpaksa Lorhhh..)
arap2 entry nih byk bergune tuk kamo2 sume kecuaLi kaum adam...hu3... sampey cni dLu La aQ 'bobok' yer.. bLom t'pk Lg nk 'bobok' saL per tuk next entry... aQ chaowww... daaaa, ASSALAMUALAIKUM... 
 senyum, x perLu kata aPa2... =]