Setiap manusia yang Allah ciptakan di muka bumi ini sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup. Tipu jika seseorang itu berkata bahawa beliau tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri. Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu adalah bersebab sama ada DIA mau menambah iman kita atau mau menguji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, dimana ia akan mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa di dalam kehidupan yang penuh dengan onak duri serta yang dapat mematangkan kita.
oleh itu, sentiasa lah tersenyum walaupun masalah berdamping dengan diri kita kerana kita tau setiap musibah yang dihadapi akan ada hikmah dari yang Maha Kuasa..
..senyum sokmo..
No comments:
Post a Comment